My Future Job Walk In Interview @ Sani Express
18 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2025, Staf NADI telah berkerjasama dengan PERKESO dalam menjayakan program ”walk in interview” bersama majikan Bas Sani Express yang cukup terkenal dengan perkhidmatan pengangkutan bas dan feri di Malaysia. Tujuan temuduga ini diadakan adalah untuk memberi peluang kerjaya kepada penduduk komuniti Batas Lintang yang masih mencari pekerjaan.
Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada majikan syarikat untuk memperkenalkan syarikat mereka sambil memberi peluang kerjaya kepada komuniti kerana dengan cara ini dapat memudahkan komuniti luar bandar dalam mengadakan urusan temuduga.
Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: